Tuesday 15 November 2011

DOA MEMBERKATI MAJLIS

BISMILLAH HIRROHMANIRRAHIM.
ALHAMDULILAH HIROBBIL ALAMIN.
WASSOLA TU WASSALA MU ALA ASHROFIL ANBIYA’AIWALMURSALIN,
WAALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN
_______________________________________________ 

Ya Allah, Ya Tuhan kami. Di hari yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini, kami menadah tangan memohon kehadrat Mu, kerana berikan kami kekuatan dan kesihatan, dapat berkumpul didalam majlis yang mulia ini.

Ya Allah, Ya Tuhan kami. Tenangkanlah hati kami, Kuatkanlah daya ingatan kami, Jauhkanlah kami daripada godaan syaitan, serta tetapkanlah kami dalam akidah yang benar dan keimanan yang mantap. Ya Allah, Ya Tuhan kami. Perkenankanlah setiap doa kami, sebelum kami meninggalkan dunia yang fana ini. Redhailah perjuangan kami ini, sebagaimana engkau meredhai perjuangan para sahabat dan solihin. Mudah-mudahan kami akan beroleh keberkatan dari apa yang kami lakukan ini.

Ya Allah, Ya Tuhan kami. Hanya kepada Engkau kami memohon, kepada Engkau kami berserah dan kepada-Mu jualah kami akan dikembalikan.